31 December 2012

3hari 2malam

Assalamualaikum wbt .. kali ni updating panjang sangat. hope korang tak boring yer.. enjoy !! baru harini aku sempat blogging. sebab aku menghilang kejap. menghilang kejap jer. menghilang g mana? menghilang g kampung orang. yeah !! my bestie hometown. Kampung Tengah Membaku. ceta dia macam ni, sejak haritu lagi parents dia nak bawa aku balik kampung dorang. tapi balik-balik tak dapat tunaikan hajat dorang. tapi alhamdulillah baru kali ni te-tunai. ulalala. 28hb kitaorang bertolak pegi Membakut. waktu nak packing tu actually memang blur. sebab macam banyak sangat nak bawa baju. macam pindah. tapi tak kesah lah kan. asalkan baju tak kurang. okay. sampai jer kami kat sana. ohgod! suasana dia best sangat. aman okay. angin sempoi2 basah. ceh. haha. and bestie bagi tengok rumah nenek my ex-bf. ohyeah!! depan rumah ja. ish ish ish. mengagumkan. kembang kempis jugalah hidung. haha. lol. so, petang tu kitorang pergi pekan. cari burger besar. actually tak percaya pun ada burger besar macam piring. haha. tapi actually memang ada. so order 4burger ayam, 1 burger daging. kejut? nak bawa balik kk lah. lagipun nak makan kat rumah malam ni. 



before tunggu kedai burger buka, makan jambu dulu. and muka saya agak lain kat sini. :D
 


my bestie .. :)
 
 

tadaaa .. ni lah burger besar. sedap. dia terus kena belah2. supaya senang sikit nak makan . 
datang lah g beli. :D

so, lepas tu. pada malam hari kita orang ada jemputan orang kahwin dekat ja. jalan kaki da sampai. so lepas solat isyak kami pegi.so, ready2 lagi. yeah !! wishing he will be here :)) kita orang bersiap dulu.. kejapppp




 
okay. ni lah kita orang. actually banyak lagi gambar. tapi ni je lah bagi masuk. :) pink and colourful. yeah !! ready to gooo..
and ni pula gambar orang yang bertunang tu. comell ..



sorry lah gambar blur sikit. hehe. tak berapa clear. :)


and ni bukan orang bertunang okay. hehe. sempat lagi bergambar .. :) blur pun blur lahh..

okay lepas tu kita orang pergi tengok bergambus. sangat best. tengok orang menari. and ada part lucu bila ada acara pakai topeng. ish2. memang lawak habis doh. entah apa2 dorang buat. ada sorang pakcik ni nak ajak menari joget. oh sorry. not interesting. kalau mamat handsome nak juga. haha .. perasan baa. jam11 macam tu kita orang balik. and tido. first time tido dengan my bestie. and malam tu aku mimpi dia .. :(

keesokan harinya. fikiran aku balik. tapi tak sebab dorang bawa bermalam untuk semalam lagi. sebab esok anak buah makcik tu bertunang. okay. da dapat permission pun dari parents aku. fuh, nasib pakaian cukup. and sempat lagi kita orang cuci kain. lalala .. hari kedua kat sana. macam biasa lah. duduk rumah, g kedai. tu je. hehe .snap gambar kampung halaman my bestie.






 ni lah rumah nenek my ex-bf aku. sorry lah ada lindungan pokok2 . hehe

ruang rumah my bestie .. :)

so, last day kat kampung dia. lepas zohor kami g orang bertunang. and tak sangka my dream jadi betul yang aku jumpa my ex. ohno!! tapi mungkin dia tak perasan yang aku ada kat sana. aku ada nampak dia. ohgod!! melting. tak sangka sangat2. so waktu nak bertolak g rumah orang bertunang. aku ada mesej dia yang tak sangka jumpa dia kat kampung dorang ni. no respon. sebab kemarin dia kata dia tak ada kredit. so lepas tengok orang bertunang, kita orang pun balik rumah nak sembahyang asar. lepas tu balik kk. packing, packing, packing. rasa tak nak balik. best sangat kat sana. tapi apa kan daya. hehe . so waktu nak hantar beg pegi bonet kereta. tak sangka dia nampak aku. ohgod. waktu aku nak bagi masuk beg. terus terdiam ni. and aku nampak mak dia :/ risau risau . hahahahah. dia stay je kat luar rumah dia tu. aku tengok dia sekali tu jer. sebab malu kan. kisah lama biarlha jadi kenangan. darjah6 until form5. banyak kenangann dia .. so, waktunya bertolak. Goodbye Membakut. panjang umur kita jumpa lagi..

*tonight BBQ .. in sha Allah. New Year..
Happy New Year everyone .. :)


♥ Thankyou sebab sudi baca. LIKE kalau suka ♥

27 December 2012

One Borneo Hypermall

Assalamualaikum wbt :) hellohello .. semenjak cuti school ni. kerja yang dibuat berjalan sahaja. menghabiskan duit. haha. today pun hangout juga dengan my sista. tapi kali ni ada relax sikit sebab shopping sendiri2. haha. tak payah fikir banyak. yang dibawa sorang jer. itu pun adik bongsu aku. so, kita ready dulu. our destination at One Borneo Hypermall. yeeehaaa!!

 yes!! we are siblings..

 


Happy New Year 2013. this is Suria Sabah. comel kan design dia. awesome gitu.
taken by me ..
 

ni pula kat area Suria Sabah juga. FULLHOUSE. tak pernah masuk pun :/
comel .


tadaaa. Hello One Borneo Hypermall. sampai sudah. actually memang ramai orang tadi. ni lah One Borneo. so, siapa orang semenanjung tu, datang lah Sabah. Sabah tak cincai okay. tapi yer lah, ingat masih bila ada orang kata Sabah tak cantik lah apa lah, lagi parah bila dorang kata orang sabah tinggal atas pokok. alahai, tolonglah Malaysia. cermin sikit. yang tinggal atas pokok tu Orang Utan. ada di Sandakan. ZOOO !! Pemikiran kena buka sikit kan. 

okay, sampai kat 1B terus g beli tiket wayang. teringin nak tengok CZ12. seriously nak tengok ni. 

sangat awesome wayang ni. terhibur sangat bila tengok movie ni. even tak ramai yang tengok, memang siok lah. mungkin tak ramai tengok sebab da tengok kan. :) tak kesah ar, yang penting da tengok dan tercapai jga hajat nak tengok. hahaha. after tengok wayang ni kita orang g makan kat KFC. actually time nak cari KFC tu dok sibuk mesej dengan si dia. awww. dia ada kat 1B juga. teringin sangat nak jumpa dia. tak sangka pula bila nampak dia dari jauh. tapi dia tak nampak I. sayangnya. hahaha. tapi tak apa lah. lagipun dia tak lama. kejap jer. takpe lah asalkan dapat tengok dia. hahaha. after lunch, teman adik g main game. perkara biasalah tu. main game. lepas tu g shopping barang sekolah. fuh, sangat awesome. dan alhamdulillah bila semua barang da complete 100 percent. and now, time to go home. 4.00pm




yes, I`m driving time balik tadi. tersangat lah jem tadi. pening kepala di buatnya. and now my adik tido. haha. siok dia tido, aku .. hmm. kena lah hati2 drive kan. hehe. ganti my sis yang tak balik rumah malam ni. dia menginap tempat kawan dia. hehe. so, today I totally have fun sangat. weee :3 wassalam ..





♥ Thankyou sebab sudi baca. LIKE kalau suka ♥

26 December 2012

Merry Christmas

Assalamualaikum wbt, Merry Christmas to all my auntie, my uncle and all my cuzzy. tak salah baa kan kita wish christmas dengan dorang. bukan ada maksud apa-apa pun. cuma menghargai ja. sebab non-muslim wish selamat hari raya dekat muslim. so apa salahnya. pemikiran kena buka sikit. lol. 25hb tu kami family pergi Tuaran. Auntie ada buat openhouse. makan-makan. eh, yang masak islam ok. bukan yang tak islam. petang kita orang bertolak dari rumah. so, ready ready dulu ..


tadaaaa :) this is me. purple, black and grey. hehe. simple jer. malas nak bersasak. means over sangat nak g christmas. malasss. hehe. before g Tuaran ambik sis dulu. cuzzy dekat Center Point. baru bertolak ke Tuaran. sepanjang perjalanan memang awesome. sebab full of fun. hehe. lol. lucu sangat .. sampai kat Tuaran kita jadi tetamu jer lah. makan, tengok orang, itu dan ini. tapi tak nak dekat dengan orang. sebab maklumlah kan. aramiti sudah. bau- faham-faham jer lah yer. kalau orang non-muslim ni. dari jauh pun dapat hidu. pening kepala den. tapi kami tak lama kat sana. jam8 malam kami balik da. sebab tak tahan sangat. pening kepala. but, happy dapat jumpa all my cuzzy. and guess what? dapat hadiah .. yeyeye !! handbag. thankyou so much much .. jasa anda sangat di hargai. hehe. so ni jer gambar yang sempat di ambik.. enjoy ")







♥ Thankyou sebab sudi baca. LIKE kalau suka ♥

24 December 2012

siapa tak kenal saya. You should know me

Assalamualaikum wbt. My name is Nur Rizqeideera Fatihah bt Abd Razak. Umur 18 tahun. muda masih baa. hehe. Tinggal kat Kota Kinabalu, Sabah. Proud to be Sabahan. Yes ! I`m Muslim. also proud to be Muslim. why not kan. anak? gilo ingat ada anak ke? bengong. haha. Means adik-beradik lah.. okay, saya anak ke2 dari 4 adik beradik. study? saya sekarang tak study kat University. but kat Pra-University SMK Putatan. That my school Sekolah Menengah Kebangsaan Putatan. since 2007 . kira nak masuk 6tahun da menetap kat SMKP. since form1 until now form6. next year will be last school kat sana. 2013. In sha Allah kalau ada rezeki nak sambung degree kat semenanjung. nak ambil kejururawatan. eh, sebut pasal jururawat. that my ambition. semua orang ada cita-cita kan. yes! cita-cita saya nak jadi nurse. first nak jadi doctor. tapi tak ada rezeki. tapi, in sha Allah. mana tau kan. saya sebenarnya nak sambung study dekat oversea, tapi macam susah jer kan. tapi semenanjung pun kira okay lah kan. ada family juga kat sana. I wish my dream will come trues. amin ~ my sis now study kat Miri,Sarawak. cikgu. untungkan dapat jadi cikgu. but, still have 4years. terus ambik degree.. dua adik lelaki pula tahun depan form3 (PMR) and sorang lagi form1. about my parents. nama ayah Abd Razak Hj Ag Besar. seorang kontraktor a.k.a businessman and my mom pula Ida NurFadzillah Abdullah also kontraktor a.k.a businesswoman. tapi lebih kepada housewife lah kan. nak jaga kita orang. besar da nak dijaga lagi. boyfriend? sekarang ni still single lagi. borang? borang tak photostate lagi. belum masanya lagi. :D so, straight to the point. about me kan? 

setiap orang kena tahu aku ni macam mana. kenapa? sebab supaya orang tak mudah sangat bagi sakit hati aku. betul tak? kadang orang ada main kasar juga. okay, senang cerita aku ni seorang yang ganas sedikit. bukan ganas apa lah kan. untuk defense baa tu. haha. bukan taekwando atau apa yerr. ganas macam, bila orang cari gaduh dekat aku. memang nahas lah yer. aku pantang sekali bila orang nak sangat cari gaduh dekat aku. bila benda kecil pun nak besar-besarkan. tapi sebenarnya aku tak kesah besar atau kecil. tapi bila aku diam tak semestinya orang boleh pijak kepala aku, no no no. pantang tu tau. tak boleh tak boleh. tapi ada orang kata aku berubah? berubah? okay berubah dari segi apa? berubah sebab lelaki? mak ai. ganas doh. tolong sikit yer. yang cakap aku macam itu yang sebenarnya berubah untuk lelaki. eii, tolonglah. alah, dia tergila-gila sangat dengan mamat tu, tu yang berubah. tapi aku yang kena. adui. silap teramat baa. tikam kawan dari belakang? omaigaaddd, ni paling aku anti sangat. serius aku tak pernah tikam kawan dari belakang, kecuali kawan aku yang tikam aku dari belakang. itu pernah. pernah sangat. apa aku buat? aku buat biasa jerlah. biasa lah sangat. tak adalah. aku lawan lah balik kan. apa yang dia tak puas hati sangat dekat aku. nak kata aku ambil buah hati dia. eii, tolonglah. ingat aku nak sangat? please sangat. couple pun tidak nak larang orang ambil buah hati dia. ish ish ish .. kesian kan? and bila orang ada buruk-burukkan aku. confirm lah ada orang akan bagi tau aku kan. ingat senang ker nak cari kawan yang tahu siapa yang burukkan kita. payah oh!! syukur sangat lah ada orang macam ni. dari dia jer I will know everything. tapi semua tu innocent sangat. semua benda yang dia cakap tu.. semua sebenarnya sesuai kat dia. amat sesuai. alahai .. kat sekolah sebenarnya aku ada genk tau. haha. genk lah sangat. tapi memang awesome ada genk kat sekolah. tyme form4-5 aku ada genk JEBON. tyme form1-3 pun ada juga. form6 ni tak happening lah genk aku. ada pun okay lah. awesome juga. gila-gila semua. :) susah nak dapat kawan macam tu. thanks guysss.. hmm, nak cerita apa lagi ar. aku rasa itu jerlah yang terfikir sekarang ni. tak ada benda lain da. sebab kepala pun berserabut sekarang ni. banyak sangat problem. problem yang buat aku down teramat. sakit hati ada. tapi yelah, mana-mana je lah kan. tak juga aku mati kalau dia tak ada. 



♥ Thankyou sebab sudi baca. LIKE kalau suka ♥

23 December 2012

Saya teringin sangat ~


Assalamualaikum wbt, yes !! saya teringin nak makan ni. Sushi King. omaigadd. dari hari tu lagi sebenarnya nak makan benda ni. tapi belum kesampaian lagi baa. my sister da makan da dengan kawan dia. dia kata sedap. saya pun nak. tapi belum ada kesempatan lagi :( harga dia? murah or mahal? tak kesah lah yang penting masuk perut. nak juga rasa kan. kawan yang lain da rasa da. aku jer belum. sobsob... in sha Allah maybe next time dapat lah makan kan. hehe. tapikan aku risau juga tau nak makan, sebab ada kes hari tu otak dia ada ulat.. ishish.. menakutkan. itu rasanya luar negara kot. sebab Sushi King ni setengah mentah kan. my sis kata kena pandai pilih lah. okay. get it. nak try jugaa.. so, anybody want treat me? haha. mengada ni baa. tapi kalau ada yang ikhlas nak belanja. why not.. lol. SUSHI KING wait for me.. ulalala ~

♥ Thankyou sebab sudi baca. LIKE kalau suka ♥

21 December 2012

Kawan karib??

Assalamualaikum wbt, malam ni aku nak share something yang aku pendam sejak hari tu lagi. apa pendapat korang tentang sahabat? memanglah kat dunia ni semua orang ada kawan kan, sahabat karib and sewaktu dengannya. semua orang berhak mempunyai kawan karib kan. fact right? kawan yang rapat tu lah kawan yang ada time kita susah, ada time kita senang, ada dengan kita time kita sedih, marah, kecewa dan dialah tempat kita meluah bila kita ada masalah. tempat meluah selain Allah swt. bila orang tanya apa itu kawan karib memang semua akan jawab macam tu. tak mustahil lah kan. tapi kenapa bila kita percaya kawan karib tu 100% dia tikam kita dari belakang, buat kita sakit hati and semua benda yang kita tak suka. itu ka kena panggil kawan karib? saya rasa tak mungkin. kawan karib actually buka sorang okay. banyak. kenapa saya kata banyak. sebab kat sekolah rendah kawan karib kita lain, sekolah menengah lain and macam tu juga bila kita masuk university. bertukar-tukar. yelah, orang kata berkawan biar beribu. kan? actually bila saya bahas pasal kawan karib ni, ya Allah. entahlah, rasanya rasa sedih ada, sakit hati ada, marah ada. semua ada. aku bukan apa lah kan. kalau aku buat kesalahan dekat dia tak apa baa. tapi ini sangat innocent baa. tak masuk akal langsung. aku bukanlah nak buruk-burukkan dia kat sini. tapi sekarang ni, kat sini lah tempat aku meluah. apa yang aku pendam. once kau buat aku macam ni, aku rasa lain sudah. aku dapat baca sudah your style. even 3years I already know who you are. tapi baru tahun ni , tahun 2012 aku dapat baca gaya kau sebenarnya. actually kau bukan macam ni sebenarnya. kau berbeza. kau tau tak. kau berubah hanya sebab seorang lelaki. itu pandangan aku dekat kau. kau marah aku sebab perkara yang remeh temeh baa. kau tau ka? kau say **** to me. ya Allah. kau tau tak waktu tu hati aku macam mana. sakit dohh. beberapa minggu kita tak berlayan. baru kali ni aku dapat luah semua yang aku rasa. kau kata macam tu dekat aku, seolah-olah aku buat kesalahan besar dekat kau. maka-maka. masalah itu macam kuman jer besar dia. aku hairan dengan kau. seriously aku cakap. aku tak tau apa kau cakap aku dari belakang. nevermind lah kalau kau ada cakap2 tentang aku dekat orang lain. but, someday.. aku akan tahu juga. aku dapat rasa baa tu. even kau tak sedar yang kau sudah buruk-burukkan aku dekat kawan2 kau yang lain. aku tak kesah. asalkan kau bahagia. tapi aku nak cakap lah kan, apa yang ada di kepala otak kau tu, buanglah jauh-jauh. jangan sesekali kau cakap aku ada buruk-burukkan kau dekat orang yang kau SAYANG !! itu aku nak kau tahu . aku tak bodoh lah nak buruk kan orang, terutama kau. take a note. Even hubungan kita tak beransur pulih, better macam ni lah. tak ada yang sakit hati. bila kita jaga hati orang, siapa nak jaga hati kita? macam itulah. biarlah yang jadi berlalu macam itu jerr. aku pun malas sudah nak fikir benda-benda macam ni. apa kau nak buat, buat lah. aku tak kesah. tapi please apa-apa urusan aku, jangan nak sibuk. jaga lah tepi kain sendiri. cukuplah hati aku sakit sangat dengan sikap kau yang tak tentu pasal. aku update ni pun aku sedih sebenarnya. tapi benda da jadi. aku malas lah. so, thankyou so much for make me like this .. I very appericate that :') from your friends yang tak layak jadi kawan kau. 3years? rasanya cukup. before that I want you see this ..




thankyou

♥ Thankyou sebab sudi baca. LIKE kalau suka ♥

20 December 2012

who are you?? ---> oncall

Assalamualaikum wbt .. time to update my blog. tengah sibuk aku main game facebook tadi. tiba-tiba dapat private number. ingatkan siapaa tadi. rupanya kawan lama. ada lah juga 2tahun kita orang tak jumpa sebenarnya. maklumlah dia sibuk kan. tak nak lah kacau. but number dia aku still simpan. dia call tadi guna number yang lain. tak expect sangat dia akan call aku.sejak sekian lama menghilang. tapi ye lah, aku tak salahkan dia pun. actually aku rindu juga dengan dia. gilo tak rindu. sebab dia lah selalu nyanyikan aku lagu .. I still remember lagu yang dia nyanyikan dulu. lagi Faizal Tahir. tajuk dia aku lupa dia. dia memang friendly sangat. orang yang suka buat kita orang ketawa. memang happeninglah. Dulu, aku suka dengan dia ni. tapi tak ada jodoh kan.hehe. aku tak lah sedih nak mampus kan. cukuplah berkawan jer.dia pun tak lupa kan aku. Aku ingat siapa jer call.sebab nama dia sama dengan kawan aku sorang ni. tu yang mati-mati aku ingat dia siapa. sorry lah :) tapi I remember you okay. dia kata number aku yang dia sangat ingat. alhamdulillah. syukurlah kan. susah nak cari orang macam ni. sempat lagi dia bagi nyanyi tadi. lagu Jamal Abdillah dengan Siti Sarah. comell. long time dia tak nyanyikan untuk aku. haha. lol. tapi dengar suara dia tadi memang berbeza sangat. beza bukan apa. dapat tahu dia kurang sihat. selesma and batuk. asal ketawa lebih mesti batuk. aku suruh makan ubat, tak nak dia :3 takpelah , nanti sihat lah tu.. mudah-mudahan. gilo, happy sangat aku malam ni. oncall dengan dia buat jantung aku tak keruan okay. bengongnya.. omaigaaddd. now, dia kat KB.. esok dia balik KK. hope dapat jumpa dialah en. dapat juga tengok muka dia. hehe. I really, really, really miss him so much. oncall tak dapat lama-lama sebab dia nak rehat. takpe, aku pun tahu dia tak sihat kan.sokey. maybe next time lagi dapat oncall..
take care awak. harap awak sihat :) I`m so happy.. thankyou sebab ingat saya. sayang awak :3



♥ Thankyou sebab sudi baca. LIKE kalau suka ♥

18 December 2012

Yesterday.



Assalamualaikum wbt .. yes, yesterday aku hangout dengan member yang lain. even berdua jer tapi aku happy juga lah. yang lain terpaksa cancel last minit. tak kesah ar. mungkin ada halangan kan. so it okay. before pergi Center Point aku pergi hantar my grandma dulu kat Tuaran baru turun kk. I totally have fun with my bestie. Nurfatin. She awesome girl. fully of funny. tak stress ada kawan macam ni. bersyukur sangat dapat kawan karib macam dia :) tak tension. kita berdua pergi enjoy main bowling. 3set games. so awesome. tak dijangka bila ada dua orang pakcik ni pun main juga. sebelah track dengan kami. tengok pakcik ni okay juga dia main. tapi waktu tu pakai baju kerja. maklumlah masa rehat kan. so, tak kesah ar. tengah enjoy2 main tu, tak expect aku strike. so bila da nak pass bestie aku, pakcik tu pun pass aku juga. mak ai. terkejut juga aku. dia pun nak pass juga. dalam hati biar betul pakcik ni. so, aku layan jer lah. yelah, orang tua kan. kenalah hormat. like father like son. haha .. LOL. sepanjang 3set game kita orang main. macam-macam pakcik tu tanya. masih sekolah ke? ye pakcik form6 sekarang ni. kawan kau? dia kerja sekarang ni. pakcik tengok kamu main hebat oh. fuhh, dalam hati aku sedar juga pakcik ni kan, gelar diri dia pakcik. syukur lah. daripada abang. mak ai, lain da tu. susah nak dapat orang tua macam tu. 
dia nak contact number, dia kata dia nak on game. kira lawan dorang lah kan. bestie I okay jer. so, give jer lah. jangan pakcik ni lain macam da lah. da ada bini tu. mati lah aku.. tapi hanya untuk member main game jerr lah. lain urusan tak dilayan. haha. kawan aku gelar pakcik ni SUGAR DADDY BOWLING. haha. ada2 jerlah kawan aku sorang ni. :D tak kesah ar. yang penting we enjoy the game. berangan juga nak wakil sabah main bowling kan .haha. mana tau ada orang recommand nak jadi aku dengan kawan aku wakil sabah kan. hahaha. berangan tak pandai habis. so, hari kemarin. kami have fun sangat. terbaikkk.

*our problem sebenarnya da selesai, tapi kalau you tak puas hati lagi. just cakap dengan I, jangan cakap belakang. I tak suka. okay. thankyou. 


♥ Thankyou sebab sudi baca. LIKE kalau suka ♥

14 December 2012

Hangout and Peluang yang di sia-sia kan.

Assalamualaikum wbt. pelik kan title aku harini. tak kesah ar. blog aku juga. aku nak share pasal hangout kemarin. memang sucks sangat hangout kemarin. ada pula part nangis2 kan. aku chill jer dengan kawan aku sorang ni. cuma yang sorang jer condem. yelah, orang bersalah. nak buat macam mana. the reason why aku tak nangis kemarin sebab aku cukup penat sudah, penat mengeluarkan air mata aku kat dia. dia menangis tapi aku tak rasa sedih langsung. sebab hati aku bersepai sudah. serious aku cakap. aku bukan talam dua muka sekarang ni, layan and tak layan kau. biarlah keadaan kita macam ni. aku cukup lali sudah dengan cara kau layan aku. kau tak suka cara aku layan kau? tak kesah ar. hak kau kan. tapi kau kena terima juga lah. hanya disebabkan lelaki kau nak berperang dengan aku. buang masa lah weyh !! puii.. kau ambik lah lelaki tu. cinta mati kau kan. ambik lah. aku bukan juga ketandusan lelaki. tapi ikhlas aku kata aku sudah maafkan kau dengan seikhlas hati. tapi mungkin hubungan kita tak akan macam dulu lagi. terlalu banyak kau sakit kan hati aku dan banyak sudah peluang yang aku bagi kat kau. so, cukuplah sampai di sini jaa. aku serik sudah. aku telan ja dengan semua benda yang kau cakap kat aku. aku terima seadanya. mungkin itu pandangan kau kat aku. but, aku pun ada pandangan juga terhadap kau. tapi aku pendam. sebab kalau aku tegur, kau melalak tak tentu pasal. so better diam. ada orang mengata kau dari belakang, jangan nak salahkan aku. aku sudah try jadi kawan yang berguna untuk kau. tapi kau persiakan. terima kasih. walaubagaimanapun, kita tetap satu kelas. jangan lah kau risau. better kita macam ni ja. aku redha. terima kasih ..

* hangout dengan bestie saya yang sorang memang aweosome .. Fifiana. lama tak jumpa dia. nak dekat setahun. maklumlah sambung study kat Tawau. Harap-harap dia dapat pindah kat KK ni. dapat juga berkepit dengan dia. haha.
thanks juga untuk DIA sebab buat sayaa happy :)


♥ Thankyou sebab sudi baca. LIKE kalau suka ♥

12 December 2012

You smile I smile

Assalamualaikum wbt .. yesterday I so happy because ada orang yang buat aku happy. I gelar dia Mr.A. tak pun mr.bakal cikgu. hehe. entah kenapa aku happy sebab dapat mesej kat dia. melalut tak pandai habis. and paling awesome bila sampai ke pagi kita orang mesej. okay apa. dapat juga aku happy kan diri aku ni daripada fikir benda bodoh tu. benda bodoh tu ada orang buat aku marah. siol -_-' best sangat bila mesej dengan mamat ni. anything kita orang dapat share. even waktu tu aku moody semacam. sibuk kita orang mesej, Mr.A kata dia sedang ambik feel. feel apanya? feel nak melukis rupanya. kan bakal cikgu seni. mestilah kena melukis. hehe. dia ada sent gambar tau. gambar yang dia lukis. lets me upload yer.. jap.


tadaaaaa :) nilah yang dia sent tempat aku. seekor anjing. lawa kan. even tak siap lagi. aku tak habis-habis kata lukisan dia ni lawa, tapi dia kata tak siap lagi. lagipun ton dia tak tentu. nvm lah kan. yang penting awak da try melukis dengan baik. tapi asal lukis anjing? dia pun tak tau kenapa dia lukis anjing. mungkin ilham dia keluar kot nak lukis anjing. hehe. and lagi special bila dia kata aku orang pertama tengok lukisan dia tu. hehe. awesome. and I like. aku ada tanya asal tak luksi kucing. dia kata dia da lukis da. tapi cuma kepala jerr .. and dia ada sent tempat aku tau. japjapjap.


tadaaaa :) ni lah kucing tu. comel kan. macam anak harimau pun ada. hehe. aku ada pasang niat yang nak dia lukiskan aku something. tak sangka dia dengar kata hati aku. dia nak lukis kan aku arnab. lalalala .. suka suka suka. dapat buat kenangan kan. yelah, bila cuti jer dapat jumpa dia tu. maklumlah study semenanjung kan. hehe. esok plan nak jumpa dia. kalau dia free dia pergi lah. tapi kalau tak, tak apa. maybe next time.. Assalamualaikum
 
*esok nak pergi beli buku dengan member2. mama suruh beli da esok. takut habis. 
STPM Penggal 2.




♥ Thankyou sebab sudi baca. LIKE kalau suka ♥

8 December 2012

I will doing what I want

Assalamualaikum semua .. beberapa hari ni tak ada masa nak update blog. nak kata busy tak juga. mungkin tak ada mood nak menaip mungkin. entah lah sejak kebelakangan ni Im not happt at all. I don`t know why. I just think that I been like this because of someone. I call him Mr.Jebon. I don`t know lah if I made a mistake to him. because he didn`t layan macam biasa. mesej pun kurang. he told me yang dia busy jer. ya, I know you busy, but tak kan busy memanjang kan. dia sendiri kata yang dia akan selalu text aku. everyday. never miss that. everyday, every second, every hours I will received him massage. but now? nothing .. I already know that him have a girlfriend. maybe the reason why he didn`t text me because busy with he`s girl.een busy dengan girlfriend, kena lah tak text aku. mana janji kau Sahnizam?? mana? i fell i very idoit. bodoh sebab percaya semua kata-kata kau. beberapa tahun aku ada blog, tak kesah lah tahun atau bulan. baru hari ni aku berani mampus taip nama kau. biarlah. aku tak kesah sudah. hati aku sakit doh kau buat macam ni. tak guna betul. All our memories I will kept it very well. when I remember all our memories, it can kept me smile. We have a lot memories that has been we creating. tengok wayang, pergi beach and anything. and now I give up at all. I don`t want hurt anymore. and I take decision that I will never text you and if you text me, I akan layan you hanya sebagai kawan. perkataan rindu mungkin tak akan keluar lagi di mulut aku. dan aku harap kau pun sama .. akan buat apa yang aku buat. sama-sama. And bila kau nak ajak aku keluar, stay2 sama-sama. I will thinking about that. always. because I don`t want to be orang yang menagih kasih dengan boyfriend orang. saya tak nak merampas kebahagian orang. I told my friend that I want to forget you, because remember you can make me hurt. even at the night I hopeless that I will receive you texting. but,, NONE. so , i take decision that I forget you. and saya akan anggap awak sebagai kawan saya saja. walaupun awak banyak baik dekat saya. tak kurang saya, saya pun buat baik dekat awak. kalau kita terserempak sekali pun, saya akan senyum dekat awak. dan saya harap awak tak layan saya dengan baik. mungkin cara ini yang paling baik buat saya mahupun awak. so, Thanks for all the memories. I enjoy it with you. You never ever make me dissapointed. even once. but, thankyou so so so much. I hope you happy with her. Thankyou Shanizam.
panda and jebon will always in my mind.
your are my Jebon and I your Panda :`)

♥ Thankyou sebab sudi baca. LIKE kalau suka ♥

3 December 2012

Hangout with my siblings

Assalamualaikum, selang dua hari aku tak update blog. ni ada masa terluang aku update lah yer. kes keboringan, so baik luangkan masa dengan update blog. lepas Harimau Malaya menang hari tu, keesokan harinya aku dengan adik beradik yang lain hangout. kira nak tengok Lagenda Budak Setan 2 Katerina. tapi my adik tak nak. jadi kita orang shopping jer lah. beli baju, beli selipar. kes nak menghabiskan duit beli benda yang berfaedah. hehe. first kitaorang nak main bowling. tapi tak jadi disebabkan full blast. ada tournament. hampee -_-' tapi tak pe lah. patah kan kaki jer lah round Center Point tu. and paling best bila my sister belanja Pizza Hut. yahooo !! terbaik. kalau 3 beradik da jalan, tak hingat dunia. nasib jer lah yang sorang tak ikut .. nyumnyum !! lunch time ..






Meal 2 .. add one Revive and Pepsi. Hut Splatter, Garlic Bread and Mushroom soup

okay, selesai makan. start lah round Center Point balik. and tak ada hala tuju sudah, ambik keputusan balik rumah. on the way balik rumah singgah pergi putatan dulu, nak beli Pizza untuk mama tercinta. 


and now, ni antara muka orang penat berjalan. haha. semua buat muka polik -_-' tak pe yang penting comel .. haha
itu jer dulu . assalamualaikum,
mr.jebon I really miss you so much muchie



♥ Thankyou sebab sudi baca. LIKE kalau suka ♥